Wednesday 29 November 2017

BARANNYA DIA

Dalam barannya dia,
masih ada timbang rasa----

Dalam barannya dia,
kasih sayang cuma isterinya---

Dalam barannya dia,
tidak pernah tangannya melibas mukaku---
apa lagi sepak terajang---

Dalam barannya dia,
dibelai aku selembutnya---
ditenangnya aku yang sedang hilang akalnya---
didodoinya aku umpama aku bayinya---

Apa lagi yang aku tidak bersyukur?
Sedangkan aku dapat suami yang terbaik?
Hadiah dari Tuhan selepas aku dianiaya berkali-kali oleh kaum lelaki....

Semoga dia terus bersama aku :)

Friday 3 November 2017

MARAH

Harini dia dipanggil untuk temuduga, diberi harapan full time working.
But then..... harapan.... harapan.... harapan ----

Aku yang menemani dia,
aku yang terluka.

Harapan palsu lagi.

It's not basic income, base on comission je.

Aku buat bodoh lagi dengan dia.
Padahal bukan salah dia.

Aku mati akal.
Aku rasa sakit hati.

Dia ada experience tapi kenapa susah sangat nak ada kerja tetap?
Aku dah janji untuk hidup susah senang dengan dia.

Sebenarnya------
AKU TAK TAHU AKU MARAH DENGAN SIAPA!

Monday 9 October 2017

PILIH KASIH

Aku perhati muka yang
diselindungi panas baran itu ---

Dia cakap saja dia sakit hati
namun jiwanya mengadu sedih ---

Sudah aku bersabar
dengan segala tohmahan yang dilempar padanya ---

Jika orang luar yang berkata
maka aku tidak endah ---

Tetapi jika keluarga sendiri
yang mengherdik --- mencerca ---
siapa lagi dia hendak mengadu?

Hanya kerana hidup berdiri di atas 
kaki keluarga ---

Hidup ini berulam maki ---
hidup ini berulam caci ---

DUIT MENGATASI SEGALANYA

Ada duit dialah raja
yang boleh jadi kurang ajar ---

Tiada duit engkaulah hamba
yang boleh dicerca secukup rasa ----

Aku muak dengan drama ini ---

Ada hari pasti
kami akan pergi ----

JANGAN CARI!

Friday 29 September 2017

DIA BAIK

Untuk aku ungkap kebaikan dia
aku sendiri tidak tahu ---

Entahlah,
seusai malam
dialah lelaki yang paling baik pernah aku temui ---

Dia bukanlah lelaki yang berlagak ustaz
tetapi hanya biasa-biasa ---

Sikap ambil berat dia pada aku
aku tidak terbalas ---

Lelaki,
semoga kau terus menjadi suamiku lagi ---

Saturday 23 September 2017

BEBAS

23 tahun aku hidup tanpa kebebasan yang aku mahukan sendiri ---
orang kata mengongkong kerana sayang ---

tetapi KAU ----
manusia yang tidak pernah rasa dikongkong,
tidak akan merasa sakitnya dikongkong !

Muda kau berlalu begitu saja tanpa kau kenal parasit yang nyata,
yang indah buat kau lupa,
yang buruk buat kau SAKIT !

Jiwa apakah ini?
aku yang rasa ---

Menitip hari-hari dikian ajal bakal datang menjemput,
dikala itu aku rasakan kebebasan ---

KUALA LUMPUR ITU SYURGA!
aku rasa berjiwa di sana ---
perdebahkan syaitan-syaitan yang menghasut !

AKU CUMA MAHU BEBAS !


Friday 22 September 2017

AKU

Dari cerita dan minda yang segar,
aku bukanlah siapa-siapa ---

Siapa AKU?
aku sendiri tiada jawapan. cakap saja nama aku, itu saja.
tapi aku tetap tak tahu siapa aku ---

Rasa ditikam mempengaruhi aku setiap masa,
menunduk apabila disuruh,
dilempang bilamana dan bilamasa saja,
jiwa aku memberontak,

AKU SENDIRI TIDAK TAHU SIAPA AKU ---

Siapakah aku? Siapa?