Monday 9 October 2017

PILIH KASIH

Aku perhati muka yang
diselindungi panas baran itu ---

Dia cakap saja dia sakit hati
namun jiwanya mengadu sedih ---

Sudah aku bersabar
dengan segala tohmahan yang dilempar padanya ---

Jika orang luar yang berkata
maka aku tidak endah ---

Tetapi jika keluarga sendiri
yang mengherdik --- mencerca ---
siapa lagi dia hendak mengadu?

Hanya kerana hidup berdiri di atas 
kaki keluarga ---

Hidup ini berulam maki ---
hidup ini berulam caci ---

DUIT MENGATASI SEGALANYA

Ada duit dialah raja
yang boleh jadi kurang ajar ---

Tiada duit engkaulah hamba
yang boleh dicerca secukup rasa ----

Aku muak dengan drama ini ---

Ada hari pasti
kami akan pergi ----

JANGAN CARI!

0 comments:

Post a Comment